Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Februari 2014

GAMBAR Tauke Restoran Maut Ditetak Lapan Lelaki

Seorang pemilik restoran maut manakala tiga lagi parah selepas ditetak lapan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Batu 14, Puchong malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, P Thangavellu Radhakrishnan, 25, yang juga pemilik restoran maut akibat parah di kepala manakala tiga lelaki lain termasuk dua yang sedang menunggu burger dipesan berhampiran kawasan kejadian turut diserang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati seorang maut manakala tiga cedera dalam kejadian serangan menggunakan senjata tajam itu. Ketiga-tiga yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, lapan lelaki menaiki dua kereta jenis Proton Waja berhenti di depan restoran mangsa sebelum meluru masuk ke dalam restoran berkenaan.
“Selepas suspek keluar dari restoran itu, mereka turut menyerang pemilik gerai burger dan dua pelanggannya yang berada berhampiran,” katanya.
Yahaya berkata, tiada senjata tajam ditemui di lokasi, namun pasukan forensik masih menjalankan siasatan.
“Sehingga kini, kita percaya kejadian bermotifkan dendam ekoran suspek menyerang mangsa dan tiada barang peribadi dilarikan suspek,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, minggu lalu anak lelakinya itu pernah terbabit dalam satu pergaduhan di lokasi sama.
“Mereka bergaduh mengenai kereta dan satu laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu. Namun, saya terkejut sebaik mendapat berita tadi (semalam) anak saya mati diserang di dalam restorannya.
“Saya percaya anak lelaki saya itu diserang orang yang sama,” katanya.
Difahamkan, mangsa menetap di Batu 18 Puchong bersama keluarga dan sudah setahun menjalankan perniagaan di restoran itu. SUMBER

Selasa, 24 Desember 2013

Rakam Isi Skirt Perempuan Lelaki Ini Ditahan

okezone.com

Ilustrasi : IST
Ilustrasi : IST
CONNECTICUT - Rodolfo Tamaniz Cruz ditangkap setelahdidapati  mengarahkan kamera teleponnya ke dalam skirt  perempuan yang sedang membeli belah. Selama ini, 11 perempuan sudah menjadi mangsa Cruz.

Petugas di pasar swalayan Stop & Shop, West Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat  mulai curiga melihat kelakuan lelaki berusia 25 tahun itu. Cruz sering berjalan dengan perlahan dan mengikuti seorang pelanggan perempuan di pasar swalayan itu.

Menurut polis , Cruz menempatkan kamera teleponnya di atas begnya. Setelah itu, dia menaruh begnya di lantai untuk merakam gambar berupa isi dalam skirt  perempuan-perempuan yang sedang berbelanja. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail,   (6/8/2012).

Cruz ditangkap setelah polis  menangkap lelaki dari New England yang melakukan hal sama seperti Cruz. Lelaki yang bernama Giovanni Geronilla itu sudah mengarahkan kamera teleponnya ke dalam skirt dari enam perempuan namun dengan cara yang berbeda. Geronilla menempatkan kameranya di bakul belanjaan.

Geronilla dan Cruz didakwa atas tuduhan mengganggu kenyamanan orang lain. Polis setempat pun meminta warga agar terus berhati-hati ketika mereka berada di tempat umum.

"Hati-hatilah terhadap apapun dan siapapun yang berada di sekeliling anda," ujar polis West Hartford Serjan Michael Alquist.(AUL)
Older Post ►
 

Copyright 2011 rumah blog