Senin, 30 Desember 2013

Misteri lantai garaj panas

sinarharian
18 November 2012
Misteri lantai garaj panas
Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.
SEREMBAN -  “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.
“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.
Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.
Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.

Rumah Almy Nadia Terbakar Ibu Patah Tulang

Rumah Almy Nadia Terbakar, Ibu Patah Tulang

PETALING JAYA – Baru sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.
“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.
“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.
Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.
“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.
“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.
“Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” jelasnya.
Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.
“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.
“Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.
“Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.
“Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah. – mStar Online

Minggu, 29 Desember 2013

Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013


Berita terkini keadaan jerebu di Malaysia sepanjang bulan Jun 2013. Untuk pengetahuan anda, beberapa kawasan di setiap negeri telah dilanda pencemaran jerebu terutamanya di semenanjung Malaysia. IPU adalah indeks pencemaran udara yang diguna pakai untuk menyemak tahap udara yang tercemar disesebuah kawasan. Jerebu berpunca daripada pergerakan angin monsun justeru menyumbang kepada pembakaran hutan.

jerebu

Senarai Negeri Dilanda Jerebu Tidak Sihat Jun 2013

Amaran Bacaan IPU Di Kawasan Jerebu Tidak SihatUpdate 17 Jun 2013

Melaka    
 Bandaraya Melaka-  161*
Bukit Rambai- 135*

Negeri Sembilan
Port Dickson- 120*

Selangor
Pelabuhan Klang- 103

Terengganu
Kemaman- 108

Nota Penting: Negeri yang tidak dinyatakan diatas berada dalam keadaan yang baik dari Jerebu

Rujukan Keputusan Bacaan IPU

api

SUMBER

Stesen Minyak Kantoi Menipu



IPOH – Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.
Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.
“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.

sumber:

Sabtu, 28 Desember 2013

Kanak kanak 11 Tahun Hamili Ibu Kawan Sekolahnya


AUCKLAND, KOMPAS.com — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhabarkan menghamili seorang perempuan berusia 36 tahun yang adalah ibu kawan sekolahnya sendiri.

Situasi ini membuat para aktivis menyerukan reformasi undang-undang pelecehan seksual yang berlaku di negeri itu, setelah kanak-kanak itu memberitahukan hal tersebut kepada pengetua sekolahnya di Auckland selatan.

Kanak-kanak itu dan anaknya ketika ini diyakini berada dalam perlindungan negara. Menteri Kehakiman New Zealand Judith Collins mengatakan dia akan memeriksa perangkat hukum yang ada ketika ini yang tidak boleh memindahkan seorang perempuan atas tuduhan perkosaan.

"Saya akan mencari pertimbangan resmi terkait perlu atau tidaknya undang-undang ini diubah," kata Collins kepada harian The Weekend Herald.

Berdasarkan undang-undang yang berlaku di New Zealand, tindak pidana perkosaan hanya boleh dijatuhkan ketika seorang lelaki yang memaksakan tindakan seksual terhadap seorang perempuan. Tindak pidana perkosaan terancam hukuman penjara maksima  20 tahun.

Tahun laluHarian The Weekend Herald dalam laporannya mengatakan, hubungan kanak-kanak lelaki dan perempuan itu berawal pada April tahun lalu, ketika anak itu berusia 11 tahun.

Ketika itu, putera perempuan tersebut ponteng satu hari dan memujuk kanak-kanak itu untuk melakukan hal yang sama dan mengajaknya bermain ke kediamannya.

Sesampainya di kediaman sang kawan, perempuan itu kemudian menyuguhkan bir untuk anak tersebut sebelum kemudian berhubungan seksual dengannya.

Hubungan seksual itu berlanjut selama beberapa bulan, sebelum kanak-kanak itu melaporkan hal tersebut kepada pengetua   sekolahnya yang tentu saja sangat terkejut mendengar pengakuan salah seorang muridnya itu.

Pengetua sekolah lalu menghubungi Departemen Sosial untuk melaporkan masalah ini. Pemerintah kini merawat kanak-kanak dan bayinya. Kes ini sekarang dalam penanganan polis  meski perempuan itu menolak telah melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak 11 tahun itu.

Kim Bum dan Moon Geun Yeong Resmi Berpacaran

Kim Bum dan Moon Geun Yeong Resmi Berpacaran
Sepertinya saat ini banyak idol asal Korea Selatan yang akhirnya secara terang-terangan menyatakan hubungan asmara mereka ke publik. Tidak bisa dipungkiri bahwa para artis pun memiliki kehidupan pribadi dibelakang layar yang tidak sepenuhnya berhubungan dengan dunia entertainment dan para fans mereka.

Kali ini pasangan artis yang secara terang-terangan mengakui hubungan asmara mereka adalah aktor Kim Bum dan aktris Moon Geun Yeong. Walaupun keduanya belum angkat bicara secara langsung mengenai hubungan khusus mereka, akan tetapi pihak kedua manajemen telah mengeluarkan pernyataan dan mengkonfirmasi berita tersebut.

Manajemen Moon Geun Yeong, Namoo Entertainment, mengeluarkan pernyataan bahwa Kim Bum dan Moon Geun Yeong telah resmi berpacaran selama satu bulan. Keduanya terlibat dalam drama yang berjudul ‘Goddess of Fire: Jeonji’. Selama proses syuting berlangsung, keduanya memiliki ketertarikan dan mulai tumbuh perasaan khusus di hati mereka terhadap satu sama lain. Keduanya memutuskan untuk meresmikan hubungan mereka satu bulan yang lalu.

Namoo melanjutkan bahwa Kim Bum dan Moon Geun Yeong saat ini baru saja menjalani hubungan mereka dan masih dalam proses saling mengenal satu sama lain dengan lebih baik lagi. Juru bicara manajemen Moon Geun Yeong juga meminta para fans untuk mendoakan hubungan pasangan baru tersebut agar tetap langgeng.

Juru bicara Namoo juga mengatakan bahwa Moon Geun Yeong tidak ragu untuk memaparkan hubungannya dengan Kim Bum ke publik. “Dia orang yang sangat jujur”, ujar perwakilan agensi mengenai Moon Geun Yeong, “Itulah mengapa dia memutuskan untuk mengkonfirmasi hubungannya (dengan Kim Bum).” Moon Geun Yeong merasa tidak ingin sembunyi-sembunyi dalam menjalani hubungan yang baru dijalinnya bersama lawan mainnya dalam drama ‘The Goddess of Fire: Jeonji” itu.

Mengenai pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak agensi Moon Geun Yeong, pihak manajemen Kim Bum, King Kong Entertainment, membenarkan dan mengkonfirmasi hubungan kedua bintang layar kaca Korea Selatan itu. Seperti halnya Namoo Entertainment, King Kong Entertainment menyatakan bahwa keduanya baru saja menjalin hubungan selama satu bulan dan meminta para fans untuk selalu mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka.

Saat ini Kim Bum dan Moon Geun Yeong dikabarkan sedang berlibur ke Eropa bersama teman-teman mereka. Liburan tersebut dilakukan dalam rangka perayaan selesainya produksi drama ‘The Goddess of Fire: Jeonji’. Sebenarnya, kedua pasangan baru ini tidak pernah terlihat bersama di luar lokasi syuting dan tidak pernah terdengar rumor tentang mereka berdua. Tentunya berita ini cukup mengejutkan, terutama bagi para fans Kim Bum dan para fans Moon Geun Yeong. Mungkin banyak juga fans yang merasa sedikit patah hati dengan berita ini.

Dalam drama ‘The Goddess of Fire: Jeonji’, Moon Geun Yeong yang tahun ini berusia 26 tahun berperan sebagai Yoo Jung, sedangkan Kim Bum yang saat ini berusia 24 tahun berperan sebagai Kim Tae Do. Kim Tae Do merupakan sahabat Yoo Jung dan menaruh perasaan cinta sepihak padanya. Walaupun dalam drama tersebut Kim Tae Do tidak bisa mendapatkan cinta Yoo Jung, tetapi kenyataan berkata lain mengenai hubungan pasangan selebritis ini dibalik layar kaca.

Jumat, 27 Desember 2013

SEGERA Presiden Mesir Digulingkan Tentera!

SEGERA: Presiden Mesir Digulingkan Tentera!

KAHERAH – Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu.
Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.
Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.
Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan.
Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Jurucakap untuk parti Ikhwan Muslimin, Gehad el-Haddad berkata, Morsi dan 12 pembantunya turut berada di bawah tahanan rumah, tempat beliau tinggal.
Ketua politik Ihwan Muslimin juga ditahan.
Ribuan penunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi hampir seminggu kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Morsi yang didakwa terlalu memberi kuasa kepada parti Ikhwan Muslimin dan gagal menangani masalah ekonomi di negara tersebut.
◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 rumah blog