
Afrika Selatan – Sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh anak mereka dengan memaksa budak perempuan berusia 10 tahun itu menjalani latihan sukan tanpa henti.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada bulan Oktober tahun lepas di empangan Krugerdrift, tempat di mana budak tersebut menjalani latihan renang.
Budak tersebut kini ditempatkan di rumah kebajikan.
Pasangan suami isteri itu didakwa tidak mempedulikan rayuan anak mereka untuk berehat selepas dia mengadu keletihan.
Sebaliknya mereka yang memerhati dari tepi empangan, telah memaksa budak itu meneruskan latihan.
Wanita itu merupakan seorang guru sekolah rendah, berusia 38 tahun manakala suaminya pula berusia 31 tahun.
Wanita itu yang turut didakwa atas tuduhan tambahan iaitu menyerang, bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Dalam pada itu, peguam belanya meminta pihak pendakwaraya memberikan butiran lanjut mengenai tuduhan tersebut.
0 komentar:
Posting Komentar