Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan undang-undang sivil dalam isu Nasional Fidlot Corporation (NFC) tidak akan menjamin dana awam RM250 yang dibelanjakan kerajaan dapat dikutip sepenuhnya.
Katanya, ini ekoran tindakan undang-undang hanya melibatkan NFC dan bukan Projek Fidlot Nasional kerana dakwaan penyelewengan dibuat terhadap apa yang berlaku dalam syarikat milik anggota keluarga bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil itu.
"PKR menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya...," katanya.
Rafizi juga berkata, PKR sejak awal mengesyorkan kerajaan mengenakan jaminan peribadi terhadap Shahrizat dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah yang didakwa dibeli melalui syarikat mereka tetapi menggunakan dana NFC) disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta itu.
Kerajaan hari ini dilapor mengambil beberapa langkah dalam mengkaji semula hala tuju Pusat Fidlot Nasional di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada NFC.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan turut mengkaji kemungkinan mengambil tindakan sivil terhadap NFC untuk mendapatkan semula pinjaman yang diberikan.
Katanya, ini ekoran tindakan undang-undang hanya melibatkan NFC dan bukan Projek Fidlot Nasional kerana dakwaan penyelewengan dibuat terhadap apa yang berlaku dalam syarikat milik anggota keluarga bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil itu.
Rafizi juga berkata, PKR sejak awal mengesyorkan kerajaan mengenakan jaminan peribadi terhadap Shahrizat dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah yang didakwa dibeli melalui syarikat mereka tetapi menggunakan dana NFC) disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta itu.
Kerajaan hari ini dilapor mengambil beberapa langkah dalam mengkaji semula hala tuju Pusat Fidlot Nasional di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada NFC.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan turut mengkaji kemungkinan mengambil tindakan sivil terhadap NFC untuk mendapatkan semula pinjaman yang diberikan.
0 komentar:
Posting Komentar